Jumaat, November 30, 2012

Penat bila memikirkan sikap-sikap manusia yang sampai hati memperlakukan haiwan dengan cara yang amat kejam dan keji...

Di dalam entri ini ada sisipan gambar-gambar hiasan yang memaparkan kekejaman yang dilakukan terhadap anjing jalanan...Dikatakan kejadian di dalam gambar itu berlaku di China, dan Semoga kita semua dijauhi dari berkelakuan sedemikian...Mereka juga adalah ciptaan Allah...Menendang, memukul dan membunuh mereka bermakna kita tidak menghargai ciptaan Allah SWT...Kita sepatutnya malu mengaku diri itu Islam kalau kita ada bertindak sedemikian terhadap anjing..
Justeru itu, bacalah entri ini dengan hati yang tabah...Buka minda dan hati seluas-luasnya...Bayangkanlah kalian diciptakan sebagai anjing dan diperlakukan sedemikian....

"Aunty dan hubby telah didatangi seorang pemotong rumput Bangladesh. Dia kerap memotong rumput halaman rumah kami. Pagi itu dia telah datang pada kami untuk memberitahu akan satu kisah malang yang telah berlaku di taman aunty. Kejadian ini berlaku hampir sebulan yang lalu, pada waktu petang hujung minggu. Ketika itu dia berjalan bersama temannya disebuah kebun pisang, terdapat ramai orang di situ. Dia pun hairan lalu mendekati, alangkah terkejutnya apabila dilihat seekor anjing digantung di sebuah dahan pokok. Di dalam parit yang berdekatan pula ada beberapa ekor anak anjing yang masih kecil...dia pasti mereka masih menyusu. Apa yang dihairankan begitu ramai yang berada disitu tetapi tiada siapa yang menegur sebaliknya menyokong atau mendiamkan diri akan perbuatan kejam itu.


Jauhi dari perkara yang boleh mendatangkan musibah - Gambar Hiasan

Pemotong rumput itu ingin membantu anjing tersebut tetapi dinasihati oleh teman senegara supaya tidak kerana ditakuti akan dipukul oleh mereka yang ramai. Lalu dia pun bergegas ke rumah aunty untuk meminta bantuan tetapi amat malang sekali didapati kami tiada dirumah. Kebetulan pada hari tersebut kami telah pulang ke kampung atas urusan keluarga. Hatinya resah, sedih dan pilu kerana tidak dapat membantu.

Aunty tidak dapat bayangkan betapa kejamnya segelintir jiran yang kami kenal adalah manusia yang baik dan peramah pada zahirnya tetapi pada hakikatnya kejam lagi zalim.


Kerajaan Malaysia perlu menubuhkan skuad penyelamat haiwan dan berganding bahu dengan NGO
- Gambar Hiasan

Disambung cerita mereka biarkan ibu anjing itu seharian tergantung sehingga mati....betapa remuknya hati aunty apabila mendapat tahu bahawa anaknya juga dibiarkan mati kelaparan. Hati ini terdetik bertanya dimanakah kemanusiaan mereka...takkan hanya kerana ibunya telah merosakkan tanaman pisang atau memakan ayam ternakan maka hukumannya digantung??? Siapakah kita untuk berbuat sedemikian ??!!!

Dimanakah hak mereka sebagai makhluk Allah untuk hidup di muka bumi ini??? Dimanakah iman kita pada ketika itu???? Dimana?!!! Begitulah akhir kehidupan seekor anjing betina yang beranak lima...kesemuanya dibiarkan mati hanya kerana mereka yang bernafsukan syaitan....amat malang sekali tiada apa yang dapat kami lakukan pada ketika itu dan sekarang semuanya dibiarkan berlalu begitu sahaja. Jika begini sikap segelintir manusia bagaimanakah ingin mendapatkan rahmatNya sedangkan ehsan tiada langsung sesama makhluk."



Kalau kita tak suka anjing, anjing lagi tak suka kat kita...Kalau anjing yang tidak berakal tu pun tak suka kat kita, maknanya.....hmmmm
sebarkanlah artikel ini semahu-mahunya agar persepsi umat Melayu Islam terhadap anjing akan berubah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan